semalam , aku + abah + adik adik pegi tgk movie kat big cinema . best sgt storynya . about , family problem . first first tgk movie nie rasa mcm bosan sgt . kat dalam cinema tu pn just ada 11 org . hah ! bygkan lh . rasa mcm cinema tu kteorg yg punya . hha !Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak-kanak lelaki bernama Jefri (Wan Nor Aizat) yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy (Aizat Hassan) yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka (Riezman Khuzaimi) bekerja sebagai seorang pengaturcara komputer manakala ibu mereka (Amy Mastura) pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin (Aeril Zafrel) yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin dan mempunyai seorang bapa (Namron) yang merupakan bekas banduan dan kaki pukul. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak-budak samseng jalanan.Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh dua orang lelaki yang dikatakan 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia? Ketahui jawapannya dalam Aku Tak Bodoh!

lepas tgk jaa cite nie , aku rasa bersyukur sgt ada parents yg still amik berat kt anak anak diaorang . so people ! ajak parents korang tgk cite ni . memang berbaloi .
aksi dua org bdk yg buad aku tak tahan nk tergelak !
bestfriends : roy and sudin . dua dua ada masalah keluarga !
babak renggang antara bapak and anak